Sunday 15 May 2011

Personaliti Kreatif

Adakah anda tergolong dalam individu yang kreatif?  Davis ( 1986 ) telah menyenaraikan beberapa ciri individu yang kreatif.  Antaranya :
  • Suka akan pembaharuan
  • Menyedari diri seorang yang kreatif
  • Suka mengambil risiko
  • Bersemangat dan sentiasa bertenaga
  • Yakin dengan kemampuan diri
  • Mempunyai kemahiran dan citarasa yang baik dalam seni termasuk reka cipta
  • Bertindak secara spontan
  • Miliki sifat ingin tahu yang kuat
  • Sanggup menempuh halangan dan cabaran walaupun ditertawakan
  • Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu atas dasar minat
Individu yang kreatif merupakan aset dalam sesebuah organisasi.  Mereka inilah yang akan membawa perubahan dan pembaharuan dalam persekitaran kerja, kumpulan mahupun organisasi. 

Persoalan:
1.  Bagaimanakah anda boleh mempertingkat daya kreativiti agar dimanfaatkan sebaik mungkin?
2.  Apakah halangan-halangan anda menjadi personaliti yang kreatif?
3.  Bersediakah anda mencipta sesuatu yang kreatif untuk pembangunan anak didik?

Monday 9 May 2011

Aktiviti Kemahiran Menulis










Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang diperkenalkan untuk memudahkan pemahaman mahasiswa terhadap kemahiran menulis.  Syabas..J2.2.

Pembentangan Kertas Kerja - Membudayakan penggunaan e-Kamus

SEMINAR PENDIDIKAN 2011
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGIK

Abstrak
MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN E-KAMUS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA :  BERSEDIAKAH PARA PENDIDIK?
Norani binti Abd Rahim
IPG Kampus Ilmu Khas

O3- 91318160 samb. 46


E-kamus  merupakan himpunan perkataan dan maknanya yang dibuat secara elektronik. Terdapat dua kategori e-kamus iaitu secara online dan perisian yang dibangunkan dan diperkaya dengan pelbagai fungsi. Perisian e-kamus  dwibahasa yang dibangunkan khusus untuk memudahkan pengguna komputer yang sentiasa merujuk kepada kamus buku sebagai bahan rujukan bahasa. Kamus ini dilengkapi dengan pelbagai teknik pencarian bergantung kepada cara penggunaan, bersesuaian dengan kemajuan teknologi perkomputeran pada hari ini.

Kaedah terkini penggunaan e-kamus berubah mengikut perubahan teknologi.  Strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-kamus diperkenalkan bagi membudayakan penggunaan e-kamus itu sendiri.  Namun begitu, sukarkah mengubah paradigma para pendidik terhadap penggunaan kamus secara konvensional kepada e-kamus yang lebih moden dan pantas?  Bersediakah mereka dengan kemahiran menggunakan e-kamus itu sendiri? Apakah strategi terbaik untuk membudayakan penggunaan e-Kamus bagi merancakkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia? Kini, penggunaan e-kamus dipilih sebagai salah satu kursus pendek bagi memartabatkan Bahasa Malaysia kepada guru-guru sekolah.


Tuesday 3 May 2011

Monday 2 May 2011

Program BIG - Pasir Panjang, Port Dickson.


Program Bina Insan Guru (BIG) siri 3/2011 telah dijalankan pada 28 - 31 Mac 2011 di Brindley Training Camp, Port Dikson.  Aktiviti BIG kali ini melibatkan mahasiswa  Semester 1 kumpulan TESL dan Pendidikan Muzik, PISMP. Antara aktiviti yang dijayakan ialah Kembara Darat, Aktiviti Air, LDK dan lain-lain. Rata-rata peserta menimba pengalaman menarik terutama cabaran tidur di khemah dalam kawasan hutan, memasak untuk kumpulan yang besar dengan sumber bahan mentah yang terhad. Syabas...

Lagu Lima Dekad ( Sempena Sambutan Jubli Emas IPGIK )

Lima dekad usia
Meniti kembara masa
Menjulang nama
lahirkan pendidik berjasa.

Merintis megah,
Melakar sejarah muka,
Mengekal citra,
Bersama menempah kerjaya.

IPGM...Kampus Ilmu Khas,
Gemilangnya Jubli Emas,
Semarakkan jiwa menuju jaya.

Keikhlasan...perjuangannya,
Menggerakkan amanah nusa,
Harapan dan wawasan mendidik bangsa.