Tuesday 26 July 2011

Pendekatan Pengajaran Bahasa

 PENDEKATAN

Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mohmood (1977;99) mendefiniskan pendekatan ialah cara penyampaian.  Othman Zakaria (1985;1) pendekatan ialah satu peraturan pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian.  Pendekatan inni mengandungi banyak kaedah.

Kesimpulannya, pendekatan ialah prosedur pengajaran dan pembelajaran yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut andaian tertentu.
KAEDAH

Simanjuntak (1985;7-8) menyatakan kaedah ialah prosedur yang kita ikuti dalam menerapkan pendekatan tadi. Prosedur ini menentukan langkah-langkah yang harus diikuti dan tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tadi. Othman Zakaria (1985;1) kaedah ialah menyampaikan bahan yang tersusun mengikut kehendak pendekatan yang telah ditentukan. Contoh, Kaedah Abjad, Kaedah Bunyi atau kaedah Abjad, Kaedah Bunyi atau Kaedah Pandang pendekatan Kaedah Bunyi atau Kaedah Pandang Sebut.

Rumusannya, kaedah ialah prosedur yang mengandungi bahan tersusun yang kita ikuti dalam menyampaikannya berdasarkan kehendak pendekatan yang telah ditentukan selaras dengan pendekatan p&p dalam  bilik darjah.


TEKNIK
Othman Zakariah (1985;1-2) berpendapat bahawa teknik merupakan pelaksanaan kaedah itu di bilik darjah.  Teknik juga merupakan strategi yang digunakan untuk mencapai objektif. Contoh, penggunaan pita rakaman suara ialah bunyi pengajaran yang memenuhi keperluan kaedah BUnyi, Kandang Pandang dan Sebut dan sebagainya.







 

Saturday 23 July 2011

SKRIP PENGACARA - MAJLIS PENUTUPAN PAMERAN LANTERA DAN KARNIVAL SENI


SKRIP PENGACARA
MAJLIS PENUTUPAN PAMERAN LANTERA DAN KARNIVAL SENI

Tarikh :  26 April 2010
Masa   :  2.00 petang
Tempat:  Galeri Shah Alam


Bil
Teks Pengacaraan

1
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru, diiringi oleh Yang Berusaha Profesor Mohd Said bin Abu, Pengarah Galeri Shah Alam,  Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Instutut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan Yang Berusaha Encik shaari bin Osman ke pentas utama dan seterusnya mengambil tempat.


VIP AMBIL TEMPAT

2
Bismillahirrahmanirrahim

Sempurna alas dihampar rata
Tangan berseni mengukir buah
Pembuka bicara pemanis kata
Meraikan tetamu sepenuh jiwa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera
Dan salam satu Malaysia…

Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan
Rektor
Institut Pendidikan Guru

Yang Berbahagia Profesor Mohd Said bin Abu
Pengarah
Galeri Shah Alam

Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Dihormati Puan Azizah binti Sulaiman
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Seni Visual
IPG Kampus Ilmu Khas

Yang Berbahagia Dato / Datin
Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit,
Barisan pensyarah
Para guru
Para pengiat sendiri
Para pelajar
Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


Yang Berbahagia Dato/ Datin dan hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis penutupan pameran Lantera Dan Karnival Seni, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Yang Dihormati Ustaz Jainudin bin Ngah untuk memimpin bacaan doa.  Dengan segala hormatnya dipersilakan……
 

BACAAN DOA

3
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Dato – datin, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Haji Mohd Said bin Abu, Pengarah, Galeri Shah Alam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan….


UCAPAN ALU-ALUAN

4
Yang Berbahagia Dato / Datin, hadirin hadirat yang dihormati,

Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan….

UCAPAN PENGARAH
5
Dato- datin, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bunga melur tumbuh di pagar
Dipetik gadis di Danau Lumayan
Ucapan alu-aluan telahpun didengar
Menyususl kini upacara perasmian

Kiambang mekar cantik berseri,
Tasik terhampar di tengah taman
Kesudian Yang Berbahagia Dato kami hargai
Kekal terpahat zaman-berzaman

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan  Lantera dan Karnival Seni. 
Dengan segala hormatnya, dipersilakan……


UCAPAN PERASMIAN

6
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi.

Dato- datin, hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda perasmian penutupan Pameran Lantera dan Karnival Seni ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru untuk menandatangani poster Perasmian Pameran Lantera dan Karnival Seni di eazel.


TANDATANGAN DI EAZEL

7
Begitulah tadi temeterilah bukti berlangsungnya majlis Perasmian Penutupan Pameran Lantera dan Karnival Seni anjuran bersama-sama Jabatan Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan Galeri Shah Alam.  Terima kasih diucapkan…

Yang Berbahagia Dato/Datin, seterusnya hadirin yang dihormati,

Sepanjang Pameran Lantera dan Karnival Seni yang berlangsung selama sebulan,   diadakan pertandingan yang disasarkan kepada murid sekolah rendah.

Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.  Dipersilakan…


Untuk pertandingan menggambar, pemenang utama bagi tahap 1 ialah ………………………


Pemenang menggambar tahap 2  ialah ……………………….



HADIAH PEMENANG

8
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Dato-datin, hadirin hadirat yang dimuliakan,

Pastinya irama dan lagu tidak dapat dipisahkan
Itulah indahnya seni budaya kita

Kini, majlis dengan segala hormatnya menjemput adik-adik dari SK Sri Langat, Banting, Selangor untuk mempersembahkan  dua buah tarian iaitu tarian inang dan tarian kontemporari.  Kita berikan  tepukan yang gemuruh kepada adik-adik dari SK Sri Langat…
Dipersilakan…


PERSEMBAHAN TARIAN

9
Begitulah lincahnya adik-adik kita menarikan dua buah tarian, tarian Inang dan Tarian Kontemporari.  Untuk makluman, SK Sri Langat merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan , Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang sains dan kebudayaan.  Untuk makluman semua, pasukan tarian sekolah ini bakal membuat persembahan dalam Children Folks Festival di Korea Selatan pada 10 hingga 16 Ogos 2010 nanti.  Syabas diucapkan.


Bagi menambah kemeriahan Majlis Penutupan Lantera dan Karnival Seni ini, kita akan dipersembahkan oleh sekumpulan artis yang menggelarkan diri KUMPULAN ARTIS CONLAY.  Kumpulan ini sering di membuat persembahan di istana mahupun di Istana Budaya.  Baiklah, tanpa membuang masa, kita saksikan persembahan daripada KUMPULAN ARTIS CONLAY.  Dipsilakan….

PERSEMBAHAN ARTIS CONLAY

10
Begitulah kehebatan dan kemeriahan alunan lagu dan muzik yang dipersembahkan oleh Kumpulan Artis Conlay.  Terima kasih diucapkan.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan,

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Penutupan Lantera dan Karnival Seni anjuran bersama-sama Jabatan pendidikan Seni Visual, Institut pendidikan Guru kampus Ilmu Khas dengan Galeri Shah Alam. 

Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Penutupan  Lantera dan Karnival Seni ini.  Majlis memohon kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman dan Yang Berbahagia professor Haji Mohd Said Abu untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan melawat ke  galeri dan ke tapak karnival dan seterusnya menikmati jamuan ringan yang disediakan…

Sekian, wabillahi taufikwalhidayah  wasalamualakum warahmatullahi wabarakatuh…



Pengacara :  Norani Abd Rahim