Wednesday, 12 September 2012
Pantang
larang Berkaitan Makan
1.
Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dikatakan akan dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa makanan anak dikhuatiri anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi pada senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Friday, 16 September 2011
Laman Sesawang Berkaitan P&P Bahasa Melayu
Lawati laman sesawang berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu
PENULISAN KARANGAN
SURAT KIRIMAN UPSR
TATABAHASA UPSR
Wednesday, 14 September 2011
Kursus MBM Bil.9/2011
Kursus MBM berjalan lancar
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Pengarah IPGIK. Turut hadir, Puan Normah Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, para fasilitator dan staf Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.
Rujuk dan likes Facebook Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas untuk melihat memori kursus.
Kursus Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia merupakan antara kursus MBM tahun 2011. Kursus ke-9 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu ini telah berlangsung pada 13 hingga 15 September 2011 di Makmal Komputer Blok Harmoni. Seramai 25 orang guru sekitar Kuala Lumpur telah menghadiri kursus ini. Fasilitator terlibat ialah Puan Norani binti Abd Rahim, Encik Mat Johan bin Mamat dan dibantu oleh Encik Rosman bin Adam serta Puan Suhaila Abd Aziz.
Antara pengisian kursus ini adalah :
i. Penerokaan Google
ii. Pembikinan Movie Maker
iii. Aplikasi Perisian Grafik Dalam P&P Bahasa Malaysia
iv. Pemilihan Bahan P&P Daripada Internet
v. Pembinaan Blog
Rujuk dan likes Facebook Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas untuk melihat memori kursus.
Subscribe to:
Posts (Atom)