SKRIP PENGACARA
MAJLIS PENUTUPAN PAMERAN LANTERA DAN KARNIVAL SENI
Tarikh : 26 April 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat: Galeri Shah Alam
Bil | Teks Pengacaraan |
1 | Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru, diiringi oleh Yang Berusaha Profesor Mohd Said bin Abu, Pengarah Galeri Shah Alam, Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Instutut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan Yang Berusaha Encik shaari bin Osman ke pentas utama dan seterusnya mengambil tempat. |
| VIP AMBIL TEMPAT |
2 | Bismillahirrahmanirrahim Sempurna alas dihampar rata Tangan berseni mengukir buah Pembuka bicara pemanis kata Meraikan tetamu sepenuh jiwa Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera Dan salam satu Malaysia… Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan Rektor Institut Pendidikan Guru Yang Berbahagia Profesor Mohd Said bin Abu Pengarah Galeri Shah Alam Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman Timbalan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Yang Dihormati Puan Azizah binti Sulaiman Ketua Jabatan Jabatan Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Ilmu Khas Yang Berbahagia Dato / Datin Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit, Barisan pensyarah Para guru Para pengiat sendiri Para pelajar Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Yang Berbahagia Dato/ Datin dan hadirin yang dihormati, Bagi memberkati majlis penutupan pameran Lantera Dan Karnival Seni, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Ustaz Jainudin bin Ngah untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan…… |
| BACAAN DOA |
3 | Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Dato – datin, hadirin hadirat yang dimuliakan, Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Haji Mohd Said bin Abu, Pengarah, Galeri Shah Alam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan…. |
| UCAPAN ALU-ALUAN |
4 | Yang Berbahagia Dato / Datin, hadirin hadirat yang dihormati, Kini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…. |
| UCAPAN PENGARAH |
5 | Dato- datin, hadirin hadirat yang dimuliakan, Bunga melur tumbuh di pagar Dipetik gadis di Danau Lumayan Ucapan alu-aluan telahpun didengar Menyususl kini upacara perasmian Kiambang mekar cantik berseri, Tasik terhampar di tengah taman Kesudian Yang Berbahagia Dato kami hargai Kekal terpahat zaman-berzaman Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Lantera dan Karnival Seni. Dengan segala hormatnya, dipersilakan…… |
| UCAPAN PERASMIAN |
6 | Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi. Dato- datin, hadirin yang dihormati, Sebagai tanda perasmian penutupan Pameran Lantera dan Karnival Seni ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru untuk menandatangani poster Perasmian Pameran Lantera dan Karnival Seni di eazel. |
| TANDATANGAN DI EAZEL |
7 | Begitulah tadi temeterilah bukti berlangsungnya majlis Perasmian Penutupan Pameran Lantera dan Karnival Seni anjuran bersama-sama Jabatan Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan Galeri Shah Alam. Terima kasih diucapkan… Yang Berbahagia Dato/Datin, seterusnya hadirin yang dihormati, Sepanjang Pameran Lantera dan Karnival Seni yang berlangsung selama sebulan, diadakan pertandingan yang disasarkan kepada murid sekolah rendah. Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Dipersilakan… Untuk pertandingan menggambar, pemenang utama bagi tahap 1 ialah ……………………… Pemenang menggambar tahap 2 ialah ………………………. |
| HADIAH PEMENANG |
8 | Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Dato-datin, hadirin hadirat yang dimuliakan, Pastinya irama dan lagu tidak dapat dipisahkan Itulah indahnya seni budaya kita Kini, majlis dengan segala hormatnya menjemput adik-adik dari SK Sri Langat, Banting, Selangor untuk mempersembahkan dua buah tarian iaitu tarian inang dan tarian kontemporari. Kita berikan tepukan yang gemuruh kepada adik-adik dari SK Sri Langat… Dipersilakan… |
| PERSEMBAHAN TARIAN |
9 | Begitulah lincahnya adik-adik kita menarikan dua buah tarian, tarian Inang dan Tarian Kontemporari. Untuk makluman, SK Sri Langat merupakan salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan , Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang sains dan kebudayaan. Untuk makluman semua, pasukan tarian sekolah ini bakal membuat persembahan dalam Children Folks Festival di Korea Selatan pada 10 hingga 16 Ogos 2010 nanti. Syabas diucapkan. Bagi menambah kemeriahan Majlis Penutupan Lantera dan Karnival Seni ini, kita akan dipersembahkan oleh sekumpulan artis yang menggelarkan diri KUMPULAN ARTIS CONLAY. Kumpulan ini sering di membuat persembahan di istana mahupun di Istana Budaya. Baiklah, tanpa membuang masa, kita saksikan persembahan daripada KUMPULAN ARTIS CONLAY. Dipsilakan…. |
| PERSEMBAHAN ARTIS CONLAY |
10 | Begitulah kehebatan dan kemeriahan alunan lagu dan muzik yang dipersembahkan oleh Kumpulan Artis Conlay. Terima kasih diucapkan. Hadirin-hadirat yang dimuliakan, Inilah yang dikatakan, Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan, Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Penutupan Lantera dan Karnival Seni anjuran bersama-sama Jabatan pendidikan Seni Visual, Institut pendidikan Guru kampus Ilmu Khas dengan Galeri Shah Alam. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Lantera dan Karnival Seni ini. Majlis memohon kemaafan atas segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman dan Yang Berbahagia professor Haji Mohd Said Abu untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan melawat ke galeri dan ke tapak karnival dan seterusnya menikmati jamuan ringan yang disediakan… Sekian, wabillahi taufikwalhidayah wasalamualakum warahmatullahi wabarakatuh… |
Pengacara : Norani Abd Rahim
0 comments:
Post a Comment