TEKS PENGACARA MAJLIS
HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK
26 OKTOBER 2010
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
10.30 PAGI
Bil | Teks |
1 | Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas diiringi oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah dan barisan Ketua Jabatan masuk ke dalam dewan. |
| PERARAKAN MASUK VVIP LAGU NEGARAKU (SEMUA BERDIRI ) |
6 | Hadirin dipersilakan duduk. Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Yang Dihormati, Ketua-Ketua Jabatan Ketua-ketua Unit Para pensyarah sekalian Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian. |
7 | Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis yang syahdu ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan….. |
| BACAAN DOA |
8 | Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Hadirin yang dimuliakan, Pada pagi yang berbahagia ini, antara kegembiraan, kesedihan dan kesayuan hati, kita berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan insan yang tiada galang gantinya. Untuk itu, selingkar kisah untuk tatapan semua, Our First Lady. SAJAK OUR FIRST LADY Sesungguhnya insan yang diraikan, Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, ingin kami nyatakan di sini bahawa, puanlah inspirasi kami, puan juga pemberi sinar kepada harapan kami, puanlah penjana sumber ilham untuk kami contohi, keserlahan karisma puan dalam mendidik anak bangsa jelas terbukti. Kehadiranmu puan, seolah-olah memberikan sayap untuk kami terbang lebih jauh dan tinggi dalam menangani arus dan cabaran era pendidikan keguruan. Puan Noorul Aini, ketahuilah dari lubuk hati yang suci dan ikhlas ini,terimalah ungkapan…… you raise me up |
| LAGU YOU RAISE ME UP- JACKSON |
| Yang diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Serta sidang dewan yang dihormati, Keindahan lagu tadi kini disambut pula oleh garapan indah luahan rasa seorang pensyarah IPGIK. Terimalah Warkah untuk Puan Noorul Aini. |
| DEKLAMASI SAJAK PATARAI |
| Hadirin yang dihormati sekalian Setiap pertemuan pasti ada perpisahan Itulah adat, itulah lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk dihadapi Namun kaki perlu mengorak pergi Atas nama kehendak perjalanan ….. Warga dewan yang dihormati, Marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia yang merakamkan perjalanan suka duka seorang pemimpin, Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman |
| TAYANGAN MULTIMEDIA |
| Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman. Mudah-mudahan segala visi dan misi beliau akan dapat terus direalisasikan walaupun beliau tidak lagi bersama-sama kita. Hadirin yang dihormati, Majlis kini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya membacakan profil Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman. Dengan segala hormatnya dipersilakan… |
| UCAPAN TIMBALAN PENGARAH |
| Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan beliau sebentar tadi. Hadirin yang dihormati, Tidak sempurna jika ada lesung tiada alunya Tidak ada gunanya jika ada perahu tak ada pendayung Begitulah juga Tidak lengkaplah majlis ini jika insan yang diraikan tidak berbicara Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan amanat beliau. Dipersilakan dengan segala hormatnya.. |
| UCAPAN PENGARAH |
9 | Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi. Diharapkan semoga amanat yang telah disampaikan tadi dapat dijadikan panduan dan membakar semangat semua warga IPGIK untuk meneruskan perjuangan murni beliau. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Menjadi resam gadis srikandi Berani berjuang, pertahan diri Menyerah kalah pantang sekali Bukan setakat kata dan puji Jasa dan budi kekal abadi Menjadi kenangan tersisip di hati Sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, majlis dengan dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Kamarul Syukri bin Kamaruzaman, Yang Di Pertua Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan pelajar, IPG kampus Ilmu Khas mewakili pelajar-pelajar IPGIK untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Noorul Aini. Dengan segala hormatnya dipersilakan…. |
| CENDERAMATA OLEH JPP |
10 | Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk menyampaikan Sijil Perkhidmatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Yang Diraikan Puan Noorul Aini. Dipersilakan… |
| SIJIL PERKHIDMATAN OLEH TIMBALAN PENGARAH |
11 | Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Shaari atas penyampaian Sijil Perkhidmatan kepada yang Diraikan Puan Noorul Aini sebentar tadi. |
| PERSEMBAHAN KOIR – LAGENDA |
12 | Hadirin yang dihormati, Umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Ibarat mendaki telah sampai ke puncak Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi Begitulah …..rentetan liku-liku perjuangan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah berjaya ke puncak kerjaya sebagai Pengarah, di Institusi ulung yang telah melahirkan guru-guru yang berwibawa. Sepohon jati panjang sedepa Segenggam umbut berat sekati Di dalam hati tidak kulupa Sebagai rambut tersimpul mati Istimewa ungkapan rasa buat Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman…. Tuai padi antara Nampak Esok jangan layu-layuan Puan, Intailah kami sementara nampak Esok jangan rindu-rinduan Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang bersejarah ini. Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mengumumkan …Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman meninggalkan majlis |
| VVIP MENINGGALKAN DEWAN |
Pengacara : Norani Abd Rahim
mohon share puan...
ReplyDeleteterima kasih cikgu yang telah membina blogspot ini dengan jayanya semoga ilmu yang tak ternilai ini digantikan dengan keberkatan di dunia dan akhirat klk.AMIN
ReplyDelete