Saturday 23 July 2011

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS - MAJLIS GEMA MERDEKA IPG KAMPUS ILMU KHAS



SKRIP PENGACARAAN MAJLIS 
(MAJLIS GEMA MERDEKA IPG KAMPUS ILMU KHAS) 
TARIKH : 29 OGOS 2007
MASA: 8.30 - 10.40 MALAM

BIL
MC
TEKS PENGACARA
1
ZA
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abdul Rahman, Pengarah Institut Purguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

2

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

3
ZA
Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abdul Rahman
Pengarah
Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Yang Berusaha Puan Darawisah bt Sayuti
Timbalan Pengarah
Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua  Unit, para pensyarah yang dihormati dan pelajar yang dikasihi sekalian. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.


Selamat datang ke Malam Gema Merdeka, majlis gilang-gemilang bagi meraikan Hari Kemerdekaan ke-50 negara peringkat Institut Perguruan Ilmu Khas.  Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama berkumpul di dewan ini untuk satu lagi program berteraskan patriotisme …Malam Gema Merdeka.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Encik Ishak bin Osman, Ketua Jabatan Pendidikan, selaku Pengerusi Sambutan Malam Gema Merdeka  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…

4

UCAPAN PENGERUSI SAMBUTAN
5
NO
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ishak atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,
Kini majlis dengan rasa bangganya mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abd Rahman, Pengarah,  Institut Perguruan Ilmu Khas untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan Malam Gema Merdeka.  Dengan segala hormatnya dipersilakan…

6

UCAPAN PENGARAH
7
ZA
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul Aini atas ucapan dan pelancaran Malam Gema Merdeka sebentar tadi.

Baiklah, kita mulakan acara pada malam ini dengan menjemput saudari Onniee, wakil staf sokongan dari Pusat Sumber untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk…………………………………………………………

2.  Persembahan koir daripada staf akademik
3.  Saudari Nanie, staf sokongan

8

LAGU SELINGAN
9
NO
Hadirin yang dihormati,

Selesai sudah kita mendengar acara selingan bagi segmen pertama, kini kita beralih kepada apresiasi sebenar Malam Gema Merdeka iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik. 

Tanpa membuang masa, dipersilakan peserta pertama iaitu :

  1. Saudara Mohammad Hazzim – lagu Warisan
  2. Pn Mokhlisa (Pensyarah dan dari Jab. HEP) – lagu Selamat Pergi Pahlawanku
  3. Encik Daud ( staf sokongan ) – lagu …………………………..
  4. Saudari Onnie ( staf sokongan ) – lagu Lagenda

10

PERTANDINGAN  LAGU-LAGU PATRIOTIK

11
ZA
Hadirin yang dihormati,

Kita redakan suasana pertandingan yang semakin hebat buat   seketika , dengan memberi laluan kepada persembahan daripada wakil-wakil asrama.  Bagi persembahan pertama, ditampilkan kini wakil daripada Asrama Aman yang akan diwakili oleh tiga orang pelajar.  Mereka ini akan mempersembahkan sebuah Puisirama yang bertajuk ………………………………………………
…………………………………………………………………………………
Dipersilakan.

  1. Asrama Damai  yang diwakili oleh seramai dua orang pelajar.  Persembahan secara duet ini akan menyanyikan lagu yang berjodol ………..............................................................................................
.
  1. Persembahan terakhir untuk segemen selingan ini adalah daripada Asrama Sentosa.  Mereka akan mendeklamasikan puisi yang bertajuk …………………………………………………………………………
Dipersilakan.

12

LAGU SELINGAN – ASRAMA

13
NO
Hadirin yang dihormati,

Acara kita pada malam ini diteruskan lagi dengan Pertandingan Mendeklamasi Puisi

Peserta pertama yang akan mendeklamasikan puisi dipersilakan …………….
…………………………………………………………………………………Judul puisi yang akan dideklamasi beliau ialah ………………………………………….. Dipersilakan.

  1. Peserta kedua………………………………………………………………
      …………………………………………………………………………….

  1. Peserta ketiga ………………………………………………………………
      ……………………………………………………………………………..

  1. Perserta terakhir bagi kategori mendeklamasikan puisi, ditampilkan kini ………………………………………………………………………………..

14

PERTAND DEKLAMASI PUISI

15
ZA
Hadirin yang dihormati,
Kita teruskan lagi dengan sambungan Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Patriotik.  Untuk imbas kembali, kita telahpun mendengar persembahan daripada empat orang peserta dan kini ditampilkan peserta kelima iaitu saudari Nanii daripada ………………………………………………………………………………..  Beliau akan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul Perwiraku.

  1. Saudara Rizal – lagu Permai Bumi Bertuah

  1. Encik Sudin – lagu Bunga Negara

  1. Peserta terakhir …………………………………………………………….

16

SAMBUNGAN  PERTANDINGAN  NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
17
NO
Begitulah tadi antara pertandingan yang dijalankan bersempena Hari Kemerdekaan Negara ke-50.  Sementara menunggu keputusan daripada juri-juri, apa kata kita perdengarkan bersama persmbahan selingan bagi segmen terakhir daripada …………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………

Persembahan terakhir pada malam ini dipersilakan ………………………………..
………………………………………………………………………………………

18

ACARA SELINGAN TERAKHIR
19
ZA
Begitulah tadi persembahan-persembahan gemilang yang telah dinyanyikan dan dipersembahkan untuk dihayati kita bersama.  Berikan tepukan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.

Sebelum diumumkan keputusan pertandingan, ingin saya perkenalkan barisan juri yang mengadili pertandingan ini secara telus dan adil.  Saya perkenalkan ………..
………………………………………………………………………………….......
………………………………………………………………………………….......
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………


20

PERKENALKAN JURI-JURI
21
NO
Baiklah, keputusan telahpun ada di tangan kami.  Namun sebelum itu, saya dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berusaha Encik Ishak bin Osman untuk mempersila dan mengiringi Yang Berusaha Puan Noorul Aini bt Abd Rahman, Pengarah, Institut Perguruan Ilmu Khas untuk naik ke pentas dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 
Dipersilakan.

22

PENGARAH NAIK PENTAS
23
ZA
Diumumkan kini keputusan Pertandingan Nyanyian lagu Patriotik
Tempat ke-3 - ………………………………………………………………………
Naib Johan   - ……………………………………………………………………….
Johan - ………………………………………………………………………………

Kita beralih kepada keputusan Pertandingan Mendeklamasi Puisi
Tempat ke-3 -……………………………………………………………………….
Naib Johan - ………………………………………………………………………..
Johan …………………………………………………………………………………......
24
NO
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul Aini atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Sebagai tanda kenang-kenangan, dipersilakan Encik Ishak menyampaikan cenderamata kepada Puan Noorul Aini. 
Dipersilakan.


CENDERAMATA
25
ZA
Hadirin yang dihormati,
Dengan acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah upacara Malam Gema Merdeka tahun 2007.  Semoga apa yang dipersembahkan akan dapat dihayati bagi membentuk warganegara yang cinta akan tanah airnya. 
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Selamat malam dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Pengacara :  Nora
29/8/07

0 comments:

Post a Comment