Saturday 23 July 2011

TEKS PENGACARAAN MAJLIS - HARI PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

 
TEKS PENGACARA
MAJLIS MENJUNJUNG KASIH  Y.BHG DATO ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN
TARIKH                 :  15 JULAI 2011
MASA                   :  3.00 PETANG

BIL
TEKS
1
Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan ),

diringi oleh Yang Berusaha  Encik Shaari bin Osman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

dan barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit  masuk ke dalam dewan.

2
Hadirin yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu IPGM


NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU IPGM

3
Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Diraikan,
Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Mior Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Yang amat dikasihi,
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Mantan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha
Encik Shaari bin Osman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru   Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha,
Puan Rohana binti Kamarudin,
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Ilmu Khas,

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
pensyarah-pensyarah
barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan seterusnya
pelajar yang dikasihi sekalian.

Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Aminuddin bin Abd Rahman ,  untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..


BACAAN DOA

4
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Aminuddin bin Abd Rahman atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Menatang intan beralas rotan
 Gemerlap sinar hiasan diri
Selamat datang kami ucapkan
Semoga diiringi restu Ilahi

Terlebih dahulu, pihak majlis ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Diraikan, Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharudin ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.  Terima kasih Yang Berbahagia Dato kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami dalam Majlis Menjunjung Aspirasi  pada petang ini.

Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…



UCAPAN PENGARAH


5
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan  beliau sebentar tadi.

Berani  berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan  budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati

Begitulah hebatnya seorang srikandi pendidik yang begitu sinonim dengan IPGM termasuklah di IPG Kampus Ilmu Khas ini.  Srikandi inilah yang dikagumi dan  menjadi idola kepada semua golongan pendidik.

Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia  yang merakamkan perjalanan suka duka seorang pemimpin, Yang Diraikan ,Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharuddin.
Saksikan… Abadi Dalam Harum Nama…


PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

6
Begitulah tadi persembahan multimedia khas yang mengimbau kenangan indah Yang Diraikan, Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shahruddin bersama-sama kami di IPG Kampus Ilmu Khas.  Sesungguh Yang Berbahagia Dato amat dekat dihati kami.

Hadirin yang dihormati,

Kini majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Sahahruddin naik ke pentas untuk acara selanjutnya.

VVIP NAIK KE PENTAS UTAMA

Dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman pihak pihak warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shahrudin.

CENDERAMATA
Dipersilakan pula Yang berusaha Encik Abdul Mutalip bin Abd Ghani, Pengerusi Kelab Staf Akademik Ilmu Khas (Klasik) untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak staf akadmeik IPGIK.

CENDERAMATA
Seterusnya, dipersilakan Saudara Mohd Huzaifi bin Sulaiman, Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan cenderamata.


CENDERAMATA

7
Yang Berbahagia Dato/ Datin,
Hadirin yang dihormati,


Hari ini, genaplah 33 tahun 11 bulan 15 hari Yang Diraikan, Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharudin berkhidmat sebagai seorang pendidik.  Sebagai tanda simboliknya, majlis mempersilakan barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas tampil ke pentas untuk menyampaikan kuntuman ros kepada Yang Diraikan Yang Berbahagia Dato Asriah binti Mior Shaharudin. 
Dipersilakan….


PENYERAHAN BUNGA ROS OLEH PELAJAR

8
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Diraikan Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharuddin untuk menerima kuntuman ros daripada Ketua-Ketua  Jabatan.
Dipersilakan…

PENYERAHAN BUNGA ROS OLEH KETUA JABATAN

9
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Diraikan Yang Berbahagia Dato Asariah atas penerimaan bunga ros sebagai tanda kasih kami terhadap insan yang telah mencurahkan jasa dan sumbangan dalam dunia pendidikan keguruan.


VVIP TURUN PENTAS
10
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Ibarat mendaki telah sampai ke puncak
Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi

Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang bersejarah ini.  Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Mengumumkan …Yang Diraikan Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharudin meninggalkan majlis

Pengacara :  Norani Abd Rahim

0 comments:

Post a Comment