Saturday 23 July 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS - KONVOKESYEN IPGIK TAHUN 2010







TEKS PENGACARA MAJLIS
KONVOKESYEN IPGIK TAHUN 2010
7 MEI 2010
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL


Bil
Nama
Teks Pengacaraan

1
ABU
Mengumumkan perarakan masuk para graduan.



PERARAKAN MASUK GRADUAN


2

ABU

Mengumumkan perarakan masuk barisan pensyarah.



PERARAKAN MASUK PENSYARAH


3

ABU

Mengumumkan perarakan masuk barisan akademik



PERARAKAN MASUK VVIP

LAGU NEGARAKU
LAGU IPG

4

ABU

Sidang hadirin dipersilakan duduk.

Berikut dipersembahkan   Lagu Graduan  oleh kumpulan koir Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.



LAGU GRADUAN


5

NO

Lagu Graduan itu tadi telah dinyanyikan oleh kumpulan koir institut ini dengan anggotanya seramai 40 orang di bawah  pimpinan Encik Shahril bin Abdul Rahman, Pensyarah, Jabatan Pendidikan Muzik.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan koir Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas atas persembahan sebentar tadi.


6
ABU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia

Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Meor Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Mewakili Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha,
Puan Darawisah binti Sayuti
Mewakili  Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berusaha Encik Mohd Nor bin Usop
Mewakili Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru   Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha,
Encik Shaari bin Osman
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha
Datuk Zulkifli bin Mohd Wazir,
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang Berusaha
………………………
Mewakili Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Yang Dihormati,
Pengarah-Pengarah dan wakil Pengarah
Institut Pendidikan Guru

Mantan Pengetua, Pengarah dan Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Barisan pensyarah
Para ibu bapa
Dan graduan yang diraikan sekalian.

7
NO
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Yang Berbahagia dato’ / datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Mohamed Nazri bin Mohamed Nor, untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..



BACAAN DOA

8
ABU
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Mohamed Nazri bin Mohamed Nor atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin Hadirat yang dimuliakan,

Kini,
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....



UCAPAN PENGARAH

9
NO
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.


Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya,majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato Asariah binti Meor Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan untuk menyampaikan ucap utama  dalam  Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tahun 2010.

Dengan segala hormatnya dipersilakan….



UCAPAN VVIP

10
ABU
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Asariah bt. Meor Shaharudin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati,

Untuk meneruskan majlis, dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, merangkap Penghulu Istiadat,  Konvokesyen, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Tahun 2010 untuk melaksanakan pengisytiharan konvokesyen.

Dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk menyempurnakan majlis.


PENGHULU ISTIADAT MENYEMPURNAKAN MAJLIS

11
NO
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke upacara penyampaian Diploma dan Sijil Pendidikan kepada para graduan.

Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Asariah binti Meor Shaharudin, untuk menganugerahkan Diploma dan Sijil kepada para graduan.  

Dengan segala hormatnya dipersilakan...................



BERDIRI DI PENTAS UTAMA
12
NO
Sekarang, disampaikan penganugerahan untuk:

i.              Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Julai 2008, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )
34 orang

ii.            Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pengajian Bahasa Inggeris
51 orang

iii.           Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Jasmani
60 orang

iv.           Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Seni Visual
40 orang

v.            Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari  2009, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )
109 orang

vi.           Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pengajian Pemulihan Khas
88 orang

vii.          Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pengajian Sosial
23 orang

viii.        Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, Pendidikan Muzik
17 orang



PENYAMPAIAN DIPLOMA

13
ABU
Yang Berbahagia Dato/ Datin
Sidang hadirin sekalian…

Majlis berhenti rehat.

PAUSE

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan angklung dengan iringan permainan gamelan oleh kumpulan pelajar Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual serta nyanyian lagu Melayu tradisional oleh Encik Yusri bin Hussain, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Muzik.

Dipersilakan……



PERSEMBAHAN GAMELAN
NYANYIAN LAGU-LAGU TRADISIONAL MELAYU

14
NO
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan Angklung dan kumpulan Gamelan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang dipersembahkan oleh pelajar Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual dibawah bimbingan Encik Md Said bin Bidin dan juga kepada Encik Yusri atas persembahan nyanyian itu tadi.

15
NO
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia,Dato Asariah binti Meor Shaharudin, bagi meneruskan penganugerahan Sijil kepada para graduan. 

Dengan segala hormatnya dipersilakan.....................




VVIP BERDIRI DI PENTAS UTAMA


16
ABU
Berikut adalah upacara penyampaian  Sijil kepada para graduan :

i.              Sijil Perguruan Khas Ambilan Januari 2009, Pengajian Prasekolah
17 orang

ii.            Sijil  Perguruan Khas Ambilan Januari 2009, Pengajian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
20 orang




PENYAMPAIAN SIJIL


17

NO

Sekarang  diumumkan  penerima-penerima anugerah graduan terbaik Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi tahun   2009.

i.              Anugerah Kecemerlangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Julai 2008, graduan Terbaik Kokurikulum

Dipersilakan NurHuda binti Mohd Galim, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )


      ii.       Graduan Terbaik Akademik, Praktikum dan Keseluruhan. 
              
                Wan Zanariah binti Wan Ishak, Pengajian
                Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )




BACA PROFIL  ( ABU )

Wan Zanariah binti Wan Ishak adalah seorang pelajar yang berhemah, berdisiplin, proaktif serta berbudi bahasa terhadap pensyarah dan rakan-rakannya.  Beliau sangat bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab apabila diberi sesuatu tugasan.  Beliau sering mendapat markah tertinggi di dalam tugasan yang diberi.  Selain daripada itu, beliau juga seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan di peringkat sekolah dan universiti.  Beliau melibatkan diri dalam permainan bola jaring, bola baling dan bola tampar.  Di sekolah, walaupun beliau seorang guru baharu, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan penting di unit-unit di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi.



Hadirin sekalian, Graduan Terbaik Akademik, Praktikum dan Keseluruhan…dipersilakan Wan Zanariah binti Wan Ishak, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran )


18
ABU
i.              Anugerah Kecemerlangan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Ambilan Januari 2009, graduan Terbaik Kokurikulum

Dipersilakan  Haryani Yantisah binti Ahmad, Pengajian Pendidikan Jasmani.



ii.            Graduan Terbaik Praktikum,

Dipersilakan Wan Muhamad Zailan bin Mohd Zain, Pengajian Pendidikan Khas ( Masalah Penglihatan) 


iii.           Graduan Terbaik Akademik dan Terbaik Keseluruhan,

Goh Han Jian, Pengajian Sosial.






BACA PROFIL (NORA)


                Goh Han Jian, calon paling sesuai untuk dinobatkan sebagai pelajar terbaik pada tahun 2009.  Beliau seorang pelajar yang bertanggungjawab, proaktif dan gigih untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam bidang yang diceburi.  Beliau amat disenangi oleh pensyarah dan rakan-rakan.  Kualiti diri yang dimiliki beliau dicerminkan melalui budi pekerti mulia dan keyakinan diri yang tinggi.  Diibaratkan sebagai terbaik antara yang terbaik, membuktikan bahawa beliau berpotensi menjadi seorang pendidik yang cemerlang.

               Dipersilakan  Goh Han Jian untuk menerima anugerah…..

19
NO
Seterusnya, disampaikan :

i.   Anugerah Kecemerlangan Kursus Sijil Perguruan Khas, Ambilan
     Januari 2009,

     Graduan terbaik Projek Khas, dipersilakan Mohd Izuan bin Ibrahim,
     Pengajian Pendidikan Jasmani


ii.  Graduan terbaik Praktikum

     Dipersilakan Wan Sahibul Bariah binti Wan Ismail, Pengajian
     Pendidikan  Jasmani


iii.  Terbaik Akademik dan Keseluruhan

      Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd Rashid,
      Pengajian   Pendidikan Jasmani


BACA PROFIL (ABU)

Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd Rashid ialah pelajar yang gigih, dedikasi, komited, bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.  Sebagai seorang pelajar, beliau bersikap proaktif dan sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik secara berterusan.  Beliau juga seorang yang berhemah tinggi, berpekerti mulia dan sentiasa menghulurkan tangan membantu rakan-rakan seperjuangan. Kualiti yang dimilikinya menyebabkan beliau menjadi contoh terbaik dalam kalangan yang baik.


      Graduan terbaik Akademik dan Keseluruhan, dipersilakan Nor
      Bismi Yamnun binti Jusoh @ Abd Rashid, Pengajian Pendidikan
      Jasmani untuk menerima anugerah.

20
ABU
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia  Dato’ Asariah binti Meor Shaharudin atas penyampaian anugerah Diploma dan Sijil kepada para graduan sebentar tadi.

Majlis juga mengucapkan syabas dan  tahniah kepada semua graduan di dewan ini.

Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Kini, majlis mempersilakan  Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Penghulu Istiadat Konvokesyen   untuk mengisytiharkan penangguhan  Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tahun 2010.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...



PENGHULU ISTIADAT  MENANGGUHKAN MAJLIS

21
NO
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Penghulu Istiadat.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi Tahun 2010. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Asariah bt. Meor Shaharudin, tetamu kehormat dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan dan menjayakan Konvokesyen pada pagi ini.

Sekalung penghargaan  juga diberikan kepada kumpulan Wind Orchestra di bawah pimpinan Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman serta kumpulan Muzik Tradisional dibawah bimbingan Encik Jamaludin bin Teh Ibrahim dan juga kepada semua pihak yang terlibat.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata

Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian,  wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum ....

22
ABU
PAUSE

Mengumumkan Yang Berbahagia Dato’Asariah bt. Meor Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan tetamu-tetamu Kehormat meninggalkan dewan.



Pengacara :  Norani Abd Rahim
                        Abu Bakar bin Ahmad
                        Jabatan Pengajian Melayu

1 comment: