Saturday 23 July 2011

TEKS PENGACARA MAJLIS- HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK


TEKS PENGACARA MAJLIS
HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK
26 OKTOBER 2010
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
10.30 PAGI
 
Bil
Teks
1
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas  diiringi oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah dan barisan Ketua Jabatan masuk ke dalam dewan.


PERARAKAN MASUK VVIP

LAGU NEGARAKU
(SEMUA BERDIRI )
6
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru   Kampus Ilmu Khas

Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Para pensyarah sekalian
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.


7
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis yang syahdu ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral  untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..


BACAAN DOA

8
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.


Hadirin yang dimuliakan,

Pada pagi yang berbahagia ini, antara kegembiraan, kesedihan dan kesayuan hati, kita berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan insan yang  tiada galang gantinya. Untuk itu, selingkar kisah untuk tatapan semua, Our First Lady.

SAJAK OUR FIRST LADY

Sesungguhnya insan yang diraikan, Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, ingin kami nyatakan di sini bahawa, puanlah inspirasi kami, puan juga pemberi sinar kepada harapan kami, puanlah penjana sumber ilham untuk kami contohi,  keserlahan karisma puan dalam mendidik anak bangsa jelas terbukti. Kehadiranmu puan,  seolah-olah memberikan sayap untuk kami terbang lebih jauh dan tinggi dalam menangani arus dan cabaran era pendidikan keguruan. 

Puan Noorul Aini,   ketahuilah dari lubuk hati yang suci dan ikhlas ini,terimalah ungkapan……      you raise me up


LAGU YOU RAISE ME UP- JACKSON


Yang diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Serta sidang dewan yang dihormati,

Keindahan  lagu tadi kini disambut pula oleh garapan indah luahan rasa  seorang pensyarah IPGIK.  Terimalah Warkah untuk Puan Noorul Aini.


DEKLAMASI SAJAK PATARAI


Hadirin yang dihormati sekalian

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itulah adat, itulah  lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk dihadapi
Namun kaki perlu mengorak pergi
Atas nama kehendak perjalanan …..

Warga dewan yang dihormati,

Marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia  yang merakamkan perjalanan suka duka seorang pemimpin, Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman


TAYANGAN MULTIMEDIA


Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman.  Mudah-mudahan segala visi dan misi beliau  akan dapat terus direalisasikan  walaupun beliau tidak lagi bersama-sama kita.

Hadirin yang dihormati,
Majlis kini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya membacakan profil Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…


UCAPAN TIMBALAN PENGARAH

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan  beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,
Tidak  sempurna jika ada lesung tiada alunya
Tidak ada gunanya jika ada perahu tak ada pendayung
Begitulah juga
Tidak  lengkaplah majlis  ini jika  insan yang diraikan tidak berbicara

Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan amanat beliau.
Dipersilakan dengan segala hormatnya..


UCAPAN PENGARAH

9
Majlis merakamkan jutaan  terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi. Diharapkan semoga amanat yang telah disampaikan tadi dapat dijadikan  panduan dan membakar semangat semua warga IPGIK untuk meneruskan perjuangan murni beliau.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Menjadi resam gadis srikandi
Berani  berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan  budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati

Sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, majlis dengan dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Kamarul Syukri bin Kamaruzaman, Yang Di Pertua Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan pelajar, IPG kampus Ilmu Khas mewakili pelajar-pelajar IPGIK untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Noorul Aini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan….


CENDERAMATA OLEH JPP

10
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk menyampaikan Sijil Perkhidmatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Yang Diraikan Puan Noorul Aini.  Dipersilakan…


SIJIL PERKHIDMATAN OLEH TIMBALAN PENGARAH

11
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Shaari atas penyampaian Sijil Perkhidmatan kepada yang Diraikan Puan Noorul Aini sebentar tadi.


PERSEMBAHAN KOIR – LAGENDA

12
Hadirin yang dihormati,

 Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Ibarat mendaki telah sampai ke puncak
Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi

Begitulah …..rentetan liku-liku perjuangan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah berjaya ke puncak kerjaya sebagai Pengarah,  di Institusi ulung yang telah melahirkan guru-guru yang berwibawa.

Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati

Istimewa ungkapan rasa buat Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman….

Tuai padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Puan, Intailah kami sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang bersejarah ini.  Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 


Mengumumkan …Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman meninggalkan majlis

VVIP MENINGGALKAN DEWAN

Pengacara :  Norani Abd Rahim

2 comments:

  1. terima kasih cikgu yang telah membina blogspot ini dengan jayanya semoga ilmu yang tak ternilai ini digantikan dengan keberkatan di dunia dan akhirat klk.AMIN

    ReplyDelete