Wednesday 14 September 2011

Kursus MBM Bil.9/2011

Kursus MBM berjalan lancar

Kursus Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia merupakan antara kursus MBM tahun 2011.  Kursus ke-9 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu ini telah berlangsung pada 13 hingga 15 September 2011 di Makmal Komputer Blok Harmoni. Seramai 25 orang guru sekitar Kuala Lumpur telah menghadiri kursus ini. Fasilitator terlibat ialah Puan Norani binti Abd Rahim, Encik Mat Johan bin Mamat dan dibantu oleh Encik Rosman bin Adam serta Puan Suhaila Abd Aziz.

Antara pengisian kursus ini adalah :
i.               Penerokaan Google
ii.             Pembikinan Movie Maker
iii.           Aplikasi Perisian Grafik Dalam P&P Bahasa Malaysia
iv.           Pemilihan Bahan P&P Daripada Internet
v.            Pembinaan Blog

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Pengarah IPGIK.  Turut hadir, Puan Normah Mohamad, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu, para fasilitator dan staf Unit Latihan Dalam Perkhidmatan.

Rujuk dan likes Facebook Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas untuk melihat memori kursus.

3 comments:

  1. salam 1 Malaysia... alhamdulillah, tamat sudah kursus mbm yang dijalankan selama 3 hari. Banyak input yang saya perolehi dan Insya Allah akan saya gunakan sebaik mungkin. Terima kasih kepada semua pensyarah dan pihak2 yang terlibat bagi menjayakan kursus tersebut.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklum balas itu. Pihak kami sedaya upaya memberikan input yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru. Terima kasih juga idea, makluman dan beberapa perkara yang dikongsi bersama-sama. Semoga perkongsian pintar ini akan dijadikan penanda aras memartabatkan P&P Bahasa Malaysia

    ReplyDelete